CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, April 10, 2008

KONKRIT


PENGENALAN
Konkrit ialah bahan yang dihasilkan daripada simen, batu baur halus, batu baur kasar dan air yang dicampurkan pada nisbah campuran tertentu. Bagi campuran biasa, kadar campuran simen, pasir dan batu baur ditetapkan mengikut nisbah berat atau nisbah isipadu. Walau bagaimanapun, nisbah berat lebih diutamakan.Konkrit digunakan dengan meluas dalam pembinaan bangunan, terutamanya pada tiang, rasuk dan papan lantai. Konkrit juga digunakan dalam pembinaan jambatan, kerja pembentungan, jalan raya, landasan kereta api,empangan, struktur dalam laut dan sebagainya.

SAMBUNGAN DALAM BINAAN KONKRIT

1. Sambungan binaan :
sambungan ini dibuat pada tempat di mana kerja konkrit terpaksa dihentikan sementara. Apabila kerja konkrit hendak diteruskan, turapan yang dibuat daripada bancuhan simen dan air perlu disapu pada permukaan konkrit lama sebelum bancuhan konkrit baru ditempatkan. Sambungan tersebut tidak boleh diadakan di sebarangan tempat. Tempat-tempat yang sambungan ini boleh diadakan mestilah mematuhiperaturan yang tertentu. Bagi rasuk dan papak, tempat yang sesuai untuk mengadakan sambunagan bianaan ialah dalam bahagian sepertiga di antara dua penyokongnya, dan bukan di tempat yang berdekatan denagn tiang atau tembok. Bagi tiang pula, sambungan di bawah binaan patut diadakan di tempat yang beberapa sentimeter di bawah simpang rasuk. Ealaun masa untuk mandapan selama dua jam hendaklah dibenarkan sebelum kerja penempatan bancuhan konkrit bagi rasuk dimulakan.



Sambungan pengecutan dan pengembangan:
sambungan ini perlu dibuat kepada sesuatu binaan konkrit yang mengalami perubahn isinya akibat :
1.Pengecutan konkrit semasa membeku dan mengeras.
2.Perubahan cuaca.
3.Perubahan kandungan air.

Sambungan ini mempunyai fungsi mencegah keretakan berlaku pada konkrit
tersebut. Ia dibuat berdasarkan kadar pengecutanyang dianggap antara 6 mm
hingga 12 mm bagi tembok sepanjang 30 m yang dibina dengan konkrit biasa.
Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk mengisi sambungan ini ialah kertas
kalis air, bitumen, kepingan kayu keras dan sebagainya.

TEGASAN
Bahagian-bahagian binaan biasanya mengambil beberapa tegasan pada masa yang sama. Jenis tegasan yang harus diambil kira dalam rekaan sesuatu struktur ialah :

Tegasan tegangan :
Tegasan ini dihasilkan akibat tarikan. Segala tegasan tegangan yang
dialami oleh konkrit adalah dianggap ditanggung oleh tetulang keluli. Konkrit
biasanya dianggap tidak berupaya menanggung tegasan tegangan semasa
mereka binaan. Tegasan tegangan yang dibenarkan pada bar keluli lembut
tidak melebihi 40 mm diameter ialah 140 N/mm2 .

Tegasan tekanan/ mampatan :
Tegasan yang dihasilkan oleh tekanan dari atas dan bawah. Konkrit adalah dianggap mempunyai keupayaan menaggung tegasan tekanan. Oleh sebab itu, struktur yang berpadu boleh dibina dengan konkrit tanpa tetulang. Kekuatan konkrit menahan tekanan ialah dari 14-21 N/mm2 bagi bancuhan 1: 2 : 4.

Tegasan ricih :
Apabila sesuatu bahagian binaan dibebankan secara melintang
Rasuk sebagai contoh, retak mungkin berlaku akibat ricihan. Keretakan
biasanya berlaku pada tempat daya ricihan yang maksimum. Bagi rasuk, ini
akan berlaku berdekatan dengan penyokongnya pada kedua-dua hujung
rasuk. Cara untuk mengatasi masalah ricihan ialah menggunakan bar
pencekak yang mencangkuk bar tetulang utama.

Tegasan lentur :
Apabila bahagian bangunan dibebankan, tegasan tegangan dan mampatan akan dialami menjadikan bahagian binaan tersebut melentur. Oleh itu, dalam rekaan konkrit, tetulang keluli adalah digunakan untuk menentang tegasan ini.

KEDUDUKAN TETULANG BAGI STRUKTUR BANGUNAN
Kedudukan tetulang dalam sesuatu bianaan hendaklah mematuhi kepada rekaan yang tertentu. Berdasarkan ilmu kejuruteraan struktur, segala tegasan: tegangan, tekanan, ricihan dan lentur hendaklah diambil kira semasa mereka sesuatu binaan. Pada dasarnya, tetulang utama hendaklah ditempatkan di bahagian yang tegasan lentur berlaku untuk menentang daya tersebut.

KULIT KONKRIT
Apabila bancuhan konkrit ditempatkan ke dalam acuannya, perlulah memastikan bahawa di sekeliling tetulang diliputi dengan konkrit. Penutupan ini dikenali sebagai kulit konkrit (concrete cover ). Kulit konkrit ini mestilah mencukupi supaya tetulangnya tidak muncul dan berkarat. Pada dasarnya, tebal kulit konkrit ini tidak boleh kurang daripada 12.5 mm atau diameter tetulangnya. Tebal kulit konkrit ini boleh ditetapkan dengan menggunakan blok jarak (spacer ) semasa memasangkan acuan konkrit. Blok jarak merupakan kepingan yang dibuat mengikut tebal kulit konkrit yang diperlukan. Kadangkala blok ini juga dihasilkan dengan bahan plastik.

0 comments: