CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, April 10, 2008

DINDING


PENGENALAN
Dinding direka bentuk sebagai komponen struktur yang dibina pugak. Bahan binaan dinding ialah bata, konkrit, kayu, keluli ataupun komposit. Dinding berfungsi untuk memberi perlindungan daripada kesan cuaca atau sebagai pembahagian bangunan pada ruang dan bilik.

Dinding terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
I. Dinding Panel
II. Dinding Tanggung Beban
III. Dinding Monolit

Kini dinding yang dibina daripada bata lebih popular, namun bahan lain seperti konkrit, kayu dan logam juga boleh digunakan. Ini bergantung pada jenis bangunan dan bahagian dinding yang dibina.Terdapat dua jenis dinding iaitu dinding satu bata (dinding galas beban) dan dinding setengah bata (dinding galas tanpa beban.) Dinding bata boleh dibina dengan dua kaedah, iaitu dinding padu dan dinding berongga. Dinding bata berongga dibina bertujuan supaya dapat menyerap bunyi dan kalis suhu yang terlalu panas atau sejuk. Kekuatan dinding bata adalah bergantung pada kaedah susunan bata dan mortar yang digunakan. Bata disusun secara berlapis dan berlekap dan perlu dielakkan sambungan tegak secara berterusan.

FUNGSI DINDING PADA BANGUNAN
Dinding dibina bertujuan untuk melindungi manusia atau harta benda dalam bangunan daripada cuaca seperti hujan, panas, ribut, suhu terlalu panas atau terlalu sejuk. Dinding juga berfungsi untuk melindungi bangunan daripada penceroboh.


FAKTOR-FAKTOR DALAM MEREKABENTUK PEMBINAAN DINDING
1. Kestabilan
Pembinaan dinding mestilah kukuh dan stabil supaya tidak runtuh. Kestabilan dinding bergantung pada binaan asas dan pusat gravitinya.

2. Kekuatan
Dinding mestilah berupaya menanggung beban, menahan daya mampatan dan tegangan. Kekuatan sesebuah dinding adalah bergantung pada bahan dan kaedah yang digunakan.

3. Tahan cuaca
Dinding mestilah berupaya menahan suhu yang terlalu sejuk dan panas serta dapat merintangi air hujan daripada masuk ke dalam. Ciri ini juga adalah bergantung pada bahan dan kaedah yang digunakan.

4. Rintangan kebakaran
Dinding juga perlu berupaya merintangi kebakaran. Ia bergantung pada jenis dan mutu bahan yang digunakan. Rintangan yang diberikan oleh unsure-unsur sesuatu struktur terhadap keruntuhan, penelusan api dan dan pengaliran haba semasa kebakaran dinyatakan dalam satu tempoh masa tertentu iaitu dari satu setengah hingga keenam jam.



Masa-masa rintangan yang berlainan bergantung pada saiz, keadaan dan penggunaan bangunan yang terlibat supaya masa rintangan kebakaran oleh unsur adalah mencukupi untuk penghuni menyelamatkan diri semasa kebakaran.

5. Rintangan kepada pengaliran dan penyerapan bunyi
Kebisingan dari luar akan mengganggu keselesaan dan ketenteraman penghuni didalam bangunan. Oleh itu dinding perlu berupaya menyerap bunyi. Pemilihan bahan dan kaedah binaan memainkan peranan penting dalam ciri ini.

Untuk mengelakkan pembentukan pembalikan bunyi ini maka bahan penyerap bunyi hendaklah di sediakan pada dinding dan lantai sepertu akustik atau tirai untuk menyerap gelombang bunyi.

DINDING SATU BATA
Dinding satu bata juga turut dikenali sebagai dinding galas beban. Dinding jenis ini dibina untuk menanggung beban selain beban dinding sendiri. Semua beban akan ditanggung oleh dinding sebelum dipindah kepada asas. Ketebalan dinding jenis ini biasanya tidak kurang daripada satu bata atau 225mm (9”). Pembinaan dinding satu bata juga perlu menggunakan tetulang atau digabungkan dengan tiang untuk mengukuhkan kedudukannya.

DINDING ½ BATA
Dinding ½ bata juga turut dikenali sebagai dinding galas tanpa beban. Dinding jenis ini tidak menanggung beban selain beban dinding sendiri. Dinding ini di bina pada bangunan yang mempunyai rangka seperti tiang dan rasuk konkrit. Oleh itu semua beban lain akan ditanggung oleh rasuk dan tiang sebelum dipindah kepada asas. Ketebalan dinding jenis ini cukup hanya setengah bata sahaja atau 112.5 mm (4½”) . Dinding jenis ini biasanya dibina dalam ikatan sisi bata.

FAKTOR-FAKTOR PEMBINAAN DINDING
Dalam membuat pembinaan dinding atau tembok pada sesuatu binaan bangunan, terdapat beberapa faktor yang perlu diambilkira sebelum pembinaan dilakukan , antaranya ialah:

1. Pemilihan bahan-bahan
Pemilihan bahan –bahan yang akan digunakan dalam pembinaan dinding adalah sangat penting kerana ia akan mempengaruhi fungsi-fungsi yang terdapat pada dinding . Antara bahan – bahannya :

(a) Kayu
Kayu banyak digunakan dalam pembinaan ini .Ia terbukti sebagai bahan dinding yang sangat baik bukan sahaja dari segi ketahanannya, keselesaan dan kecantikannya. Ia digunakan pada banyak tempat seperti tropika dan sejuk.

Kayu digunakan untuk membina rangka dinding dan pelapisan dinding (weather board)sebagai dinding luar sementara papan lapis pula digunakan sebagai dinding dalam. Ia banyak digunakan sebagai dinding sekat dalam pembinaan yang berangka konkrit .

Jenis-jenisnya seperti cengal , meranti , resak ,kapur, keruing , dammar minyak dan sebagainya. Penggunaannya adalah mengikut tempat pembinaannya. Contohnya, kayu cengal untuk tempat yang panas dan sejuk manakala meranti sesuai digunakan untuk segala pembinaan bangunan .

(b) Logam
Digunakan sebagai rangka ataupun pelapisan (cladding) dalam pembinaan dinding. Dalam pembinaan dinding sekat untuk pejabat dan dalam bangunan perindustrian,rangka ini boleh didapati manakala pelapisan logam pula didapati di gudang ,berek tentera dan beberapa jenis bangunan perindustrian. Jenisnya terdiri daripada aluminium , besi bergalvani, keratan keluli guling ,bentuk keluli bergelek dan sebagainya.

(c) Konkrit bertetulang
Digunakan untuk membina tembok seperti empangan, kolam, bangunan di bawah aras bumi dan penahan ataupun secara tuang dahulu seperti panel pasang siap yang kini banyak digunakan dalam pembinaan rumah pangsa. Ia dihasilkan dengan menggunakan acuan dan diawet sebelum dipasang.

(d) Bata
Merupakan bahan pembinaan tembok yang meluas digunakan dalam segala pembinaan. Ia berupa tembok bata elok atau tembok bata dilepa .

(e) Blok simen atau konkrit
Ia dihasilkan dalam beberapa bentuk untuk pelbagai kegunaan, antaranya ialah blok padu ,blok berongga, dan blok bersel. Ia juga dihasilkan dengan menggunakan bahan –bahan yang berlainan untuk mencapai sifat –sifat yang dikehendaki seperti blok ringan dan blok padat.

Selain itu, terdapat juga bahan-bahan seperti kaca , papan gentian, papan keras, blok kaca yang digunakan untuk membina dinding dan tembok untuk mendapatkan kesan yang istimewa.

TEKNIK-TEKNIK DALAM BINAAN
Pelbagai teknik telah diperkenalkan dalam pembinaan dinding. Antaranya :

Pembinaan dinding kayu
Pembinaan dinding kayu melibatkan dua proses iaitu :

a) Pembinaan rangka kayu
Dinding jenis ini boleh didirikan sebagai rangka bangunan kayu ataupun dinding sekat yang berasingan. Kaedahnya diubah mengikut keadaan. Satu rangka mempunyai tiang tegak,tutup tiang,alas tiang,stad,belebas dan rembat yang didirikan dengan kukuh. Kebanyakan sambungan antara bahagian-bahagian kayu disambung secara temu dan dipakukan serong dan menggunakan tanggam tertentu.

b) Pemasangan penutup kayu
Ia mestilah memenuhi syarat –syarat berikut:
i. berdaya menanggung beban sendiri.
ii. memberi rintangan kepada resapan air hujan.
iii. berupaya menanggung tekanan angina yang positif dan negatif.
iv. merintang kemasukan angina.
v. menebat cuaca(panas dan sejuk).
vi. berupaya menebat bunyi.
vii. merintang kebakaran.
viii. bukaan yang cukup untuk cahaya dan udara .
ix. saiz yang sesuai.

Penutup menggunakan papan jalur ataupun papan tindih kasih untuk dinding luar manakala penutup dinding dalam pula, dikemaskan dengan menggunakan papan jalur ,papan panel dan papan gentian seperti kepingan asbestos, papan lapis, papan gypsum, papan serpih.

0 comments: